Senaman Mudah di Rumah

By | September 26, 2014

Senaman Mudah di Rumah – Kita semua tahu pentingnya untuk bersenam setiap hari atau paling minima 2-3 kali seminggu. Namun kekangan masa dengan aktiviti seharian membuatkan masa untuk bersenam telah tiada. Tambahan pula bila bersenam, dalam fikiran kita mesti perlu pergi ke gymnasium atau untuk jogging pun perlu ke taman rekreasi. Jadi ianya juga menjadi salah satu faktor kita menjadi tidak bersenam. Saya ingin kongsikan satu senaman mudah di rumah yang anda boleh lakukan pada bila-bila masa mengikut masa anda. Tidak kira samada anda seorang surirumah, Work At Home Mom mahupun mereka yang bekerja.

Saya sudah lakukan senaman mudah ini lebih kurang seminggu dan sangat seronok kerana tidak mengganggu rutin harian lain sebab ianya boleh dilakukan di rumah. Penting untuk saya dapat bersenam di rumah sebab saya ada anak kecil berusia 6 bulan.

Apakah senaman mudah di rumah yang saya maksudkan itu ?

Senaman mudah itu adalah aktiviti berjalan kaki. Anda boleh berjalan kaki 1miles, 2 miles malah 3 miles hanya di rumah. 1 miles lebih kurang 1.6km. Terima kasih pada rakan saya yang perkenalkan video ini. Anda boleh lihat di Youtube dan pilih mana yang sesuai dengan diri anda. Untuk mereka yang baru bermula, saya sarankan untuk mula dengan video di bawah.Kalau sudah lama tidak bersenam, tiba-tiba mulakan dengan yang advance, boleh terkejut otot kita.

Program yang saya maksudkan adalah Walk At Home With Leslie Sansone.Rupanya sudah bertahun program ini ada. Rugi sungguh tahu lambat.

 Program Walk At Home ini ada pelbagai versi. Jadi, anda boleh pilih versi mana yang anda suka. Setakat ini hampir seminggu saya cuba pelbagai versi dan sukakan semuanya. Mudah, ringkas, dan percuma. Tidak perlu risau dengan cuaca di luar samada hujan atau tidak. Boleh lakukan bersama-sama dengan keluarga. Lebih ramai lebih seronok.

Untuk yang mahu sesuatu yang lebih mencabar, saya sarankan untuk anda cuba yang ini juga. 3 Fast Mile. Rentak lebih laju dan sudah tentunya lebih berpeluh-peluh.

Kenapa Perlu Bersenam?

Sejak bekerja dari rumah, saya rasa semakin kurang aktiviti untuk menggerakkan badan. Malah, proses berat badan turun pun perlahan atau hampir tiada walaupun mengamalkan set kurus. Pada pendapat saya, faktor utama adalah kerana usia yang semakin meningkat menyebabkan kadar pembakaran lemak atau metabolisma badan juga menurun. Jadi, salah satu cara untuk tingkatkan metabolisma badan adalah dengan bersenam.

Saya tahu ramai yang balik kerja dan sampai rumah pun sudah lewat. Jadi untuk pergi ke gym bagi bersenam itu pun agak sukar tambahan jika ada anak-anak kecil.

Nasihat saya untuk mereka yang mahu kurus secara sihat, tidak kira cara diet anda, WAJIB untuk anda masukkan aktiviti senaman dalam jadual harian. Tidak dapat buat setiap hari, lakukan seminggu 3 kali minima 20 minit. Berjalan 10,000 langkah sehari dapat meningkatkan kesihatan badan secara menyeluruh.

Rugi jika anda tidak cuba untuk buat senaman mudah di rumah ini kerana ianya PERCUMA dan seronok. Mahu berjalan di sekeliling taman, mungkin ada yang segan. Jadi marilah kita bersenam dan berjalan di dalam rumah.

Kisah Kejayaan dengan Aktiviti Senaman Mudah di Rumah

Senaman Mudah di rumah

Testimoni Turun 60 pounds (24kg) Dengan Senaman Mudah Di Rumah dalam masa 8 bulan

Cuba sekali, pasti anda mahu buat lagi kerana ianya mudah dan seronok. Sesuai dengan semua lapisan umur walaupun peringkat datuk nenek kita.

19 thoughts on “Senaman Mudah di Rumah

  1. Nurul Fazreen Othman

    dulu masa bujang rajin bersenam..breeze walking. tp pas kawen blom ade peluang lg nk bersenam. (sigh)

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge