Destinasi Percutian Idaman Saya

By | October 24, 2014

Destinasi Percutian Idaman Saya | Hobi saya adalah bercuti cuma sejak berkeluarga ini, agak kurang berjalan-jalan. Masa zaman belajar dulu, banyak juga tempat yang saya dah tinggal jejak. Hampir 70% Negeri di seluruh Jepun saya sudah pergi. Eropah juga sudah sampai dan saya sangat recommend khidmat Kelana Convoy. Best dan berbaloi.

Saya suka pergi berjalan tempat orang kerana untuk melihat budaya orang lain dan belajar perkara baru. Sebelum ke Perancis, saya tidak tahu yang negara itu berbilang kaum dan mempunyai penganut Islam di sana. Selalunya saya gemar melawat Masjid di tempat yang saya pergi itu jika ada. Melihat senibina Masjid selain dari Malaysia, membuatkan saya kagum kerana ajaran Islam tersebar di seluruh dunia.

Antara destinasi percutian idaman saya :

(1) Tanah Suci Mekah

Destinasi percutian Idaman

Mekah, Ya Allah Jemputlah Hamba-Mu ini

Saya tak tahu samada boleh dikategorikan sebagai destinasi percutian atau tidak, tetapi Mekah memang berada dalam Top List saya. Alhamdulillah, Allah beri rezeki saya bercuti ke tempat lain semasa belajar dahulu tapi sayang belum dijemput menjadi tetamu Allah ketika itu. Kini, saya mahu ke Mekah bersama-sama dengan keluarga dan anak-anak. Mungkin nampak renyah pergi beribadah dengan 2 anak kecil tapi tak mustahil kan?

(2) Istanbul, Turki

Destinasi Percutian Idaman

Blue Mosque/ Sophia Mosque, istanbul

Saya nak melawat Masjid Biru dan melihat senibina bangunan di sana serta kesan-kesan sejarah. Semasa ke Tokyo, saya sempat pergi ke Kedutaan Turki semata-mata untuk pergi ke Masjid kedutaan. Masya, Allah sangat cantik ukiran di dalam Masjid berkenaan. Antara tarikan yang saya suka adalah aiskrim tarik. Bila tengok filem, ‘Istanbul Aku Datang” hati makin meronta-ronta mahu ke sana.

(3) Australia

Destinasi Percutian Idaman

Koala di Australia

Ada 2 sebab saya nak pergi ke Australia iaitu Koala dan Kangaroo. Selama ini asyik terima cenderahati patung koala kecil itu je. Satu hari, mesti mahu jejakkan kaki sendiri kan? Pergi melawat Sdyney, Gold Coast, Melbourne.Jarak antara satu tempat ke satu tempat di Australia agak jauh seperti di Jepun dan memerlukan perancangan yang rapi.

(4) Sarawak

Untuk dalam Malaysia, saya mahu ke Sarawak kerana tidak pernah sampai ke sana lagi. Mee Kolok, Laksa Sarawak, Kek Lapis, semuanya sedap belaka dan mesti lagi seronok jika dapat makan di tempat asalnya.

Destinasi Percutian Idaman

Nachi Waterfall, Wakayama, Japan

Balik kampung saya di Wakayama, Jepun itu sudah tentu berada dalam senarai juga dan bersama-sama dengan keluarga. Untuk mengubat hati buat ketika ini, saya suka lihat rancangan The Amazing Race dan chanel 707 sebab banyak tempat-tempat menarik diperkenalkan.

Cabaran Blogging bersama GenkiMomma, Mama Olin, Ratu Nutrisi & BestieSheTeen 

Kami adalah pengedar sah shaklee di Puncak Alam, Saujana Utama, Sungai Buloh dan Alam Budiman. Hubungi saya melalui no 0127383040 untuk mendapatkan produk anda serta konsultasi dengan setiap pembelian produk.

33 thoughts on “Destinasi Percutian Idaman Saya

    1. mychibibox Post author

      Comel kan koala tu.. nak tgk live.. in sha Allah boleh guide untuk travel jepun cuma tau2 je lah jalan masa student ni, bajet ciput..

      Reply
    1. mychibibox Post author

      Kak oja, sy pun bimbou seikatsu gak..choukin utk ryoko pastu tak shopping sangat .. kalau x pegi jalan2, rugi kan..

      Reply
    1. mychibibox Post author

      Ala nur, sy pun jejak kaki ke singapore sebab bawa member jepun jalan2..kalau x, x jejak juga kaki ke singapore

      Reply
    2. Nurul Fazreen Othman

      xpe nur..nnti buat passport gi jln kt sana. br rm100 utk 2 thn. budak rm150 utk 5 thn…

      Reply
      1. mychibibox Post author

        Nur dah dekat ngan singapore tu.. naik train je mudah,.jln dlm singapore, naik subway,, jimat kos tol ngan kos minyak kete..

        Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge