Menu Diet Sarapan Pagi Popular

By | October 16, 2014

Menu Diet Sarapan Pagi Popular – Antara kesilapan dalam berdiet adalah tidak mengambil sarapan pagi. Sedangkan sarapan pagi merupakan energy booster dan penentu samada badan cergas atau tidak untuk aktiviti harian anda.  Anda perlu makan sarapan secepat mungkin untuk mengalas perut sebaik sahaja bangun tidur. Sarapan pagi = turun berat badan.

Saya pun sedang dalam proses diet dan sentiasa pelbagaikan menu diet sarapan pagi. Yang penting, sedap dan mengenyangkan.

Apakah Menu Diet Sarapan Pagi yang popular untuk saya ?

#1 : Roti Tinggi Serat  atau Tortilla Wrap

Buat sandwich ala subway menggunakan roti tinggi serat atau tortilla wrap. Inti boleh disediakan sebelah malam dan simpan di dalam peti sejuk dalam bekas bertutup.

Menu Diet Sarapan Pagi

Guna Tortilla Wrap

Menu Diet Sarapan Pagi

Sandwich dengan roti wholegrain, sedikit buah dan segelas susu

Roti pilihan saya adalah Gardenia WholeGrain warna ungu yang mempunyai nilai GI rendah hanya 46.

Menu Diet Sarapan Pagi

Nilai GI yang rendah hanya 46

# 2 : Bijirin / Muesli

Cara paling mudah adalah makan bersama-sama dengan susu. Jika rajin, boleh cuba resepi Overnight Oat yang sedang popular sekarang.

Menu Diet Sarapan Pagi

Overnight Oat Versi MCB

Ada pelbagai jenis bijiran di pasaran seperti Nestle Cornflake, Quaker Oat, Rolled Oat dan selalunya memang tasteless .Kegemaran saya adalah Muesli yang mempunyai campuran kekacang seperti gambar ini. Pilih yang tiada tambahan gula untuk menjaga kalori anda.

Menu Diet Sarapan Pagi

Muesli dengan kacang

# 3 : Capati

Menu Diet Sarapan pagi

Capati 150kcal

Sekeping roti canai dalam 300kcal tidak termasuk kuah dal. Sekeping capati kosong tanpa kuah hanya 150kcal. Capati lebih sihat kerana kurang minyak dan mengenyangkan.

#4 : Nasi Kerabu

Menu Diet Sarapan pagi

Nasi Kerabu . Gambar sumber google.

Boleh ambil nasi kerabu dengan lauk seperti daging bakar atau ayam bakar. Minta kurang nasi dan lebih ulam.

#5 : Protein Shake

Protein Shake adalah pilihan untuk sarapan pagi yang cepat dan mudah. Saya suka kisar protein shake dengan buah-buahan dan oat untuk lebih lama kenyang. Bancuh dan boleh minum semasa anda memandu ke tempat kerja. Jadi tiada alasan anda tiada masa untuk bersarapan.

Menu Sarapan Pagi

Protein Shake dengan Cinch Shaklee versi MCB

Pilihan protein dalam produk shaklee adalah Cinch Shake, ESP & Mealshake. Saya suka Cinch perisa vanilla kerana boleh pelbagaikan resepi shake buah-buahan.

Diet Sarapan pagi Popular Shaklee

Diet Sarapan Pagi Popular Shaklee

Ikuti siri diet dengan mychibibox dalam entry akan datang serta tips menarik.

“Cabaran Blogging bersama GenkiMomma, Baby Kawaii Store, Miracle Vitamins & Love Hut Lady Vitamin

Kami adalah pengedar sah shaklee di Puncak Alam, Saujana Utama, Sungai Buloh dan Alam Budiman. Hubungi saya melalui no 0127383040 untuk mendapatkan produk anda serta konsultasi dengan setiap pembelian produk.

36 thoughts on “Menu Diet Sarapan Pagi Popular

    1. mychibibox Post author

      kak nord, yg ni sy beli dekat TESCO..dekat giant,supermarket lain2 pun ada gak..dalam kotak mahal..cari dlm beg/plastik je

      Reply
    1. mychibibox Post author

      nasi lemak tu once in a while ok je..kalau hari-hari amik, lama bahaya datang tanpa kita sedar..mari ubah diet sarapan pagi..( udah rupa promoter lak)

      Reply
    1. mychibibox Post author

      pernah beli kebab gulung?? yang roti leper tu lah tortilla..nak kata lempeng pun, bukan tapi boleh je cuba buat dengan lempeng..yang penting lempeng kena sedaplah

      Reply
    1. mychibibox Post author

      Olin, rendam je..campur-campur seme bahan kemudian simpan dalam peti ais..buat malam hari, so esok pagi boleh makan..

      Reply
  1. Pingback: Menu Diet Dengan Quaker – bagaimana mengecilkan perut buncit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge