Minggu Gendong Anak Antarabangsa 2014

By | October 13, 2014

Minggu Gendong Anak Antarabangsa 2014 – Bila sebut gendong anak, macam-macam yang terfikir. Masa Amni dulu, memang memilih untuk gendong daripada tolak stroller cuma pilihan alat gendong tu salah rupanya. Saya guna jenis Crotch Carrier yang tidak bagus untuk pertumbuhan tulang kaki anak. Jenis gendong yang disarankan adalah yang ergonomic. Untuk pereka yang mementingkan keselesaan tubuh badan manusia, ergonomic type adalah antara yang dititikberatkan. Gambarajah di bawah untuk mudah faham.

Baby-Carrier-Positioning1

Ergonomic Carrier vs Crotch Carrier

Berbalik pada tajuk, setiap tahun memang ada International Babywearing Week dan tahun ini saya pun excited mahu sertai sekali. Alang-alang sekarang tengah survey Soft Structured Carrier ( SSC ) yang sesuai untuk Afiq, itu yang turut serta. Seronoknya bila sertai event babywearing ini, kita berpeluang untuk mencuba gajet gendong yang rakan-rakan bawa. Boleh cuba jenis Ring Sling, Mei Tai ataupun Wrap. Jenama pun ada banyak. Local maker macam Yammie Babywearing Art, Snuggbaby, Jumpsac, Neezaneedles mahupun global seperti BOBA, Ergo, Pognae, Onya dan macam-macam lagi. Jika anda bercadang untuk jenama seperti boba, ergo, saya nasihatkan untuk beli daripada authorised distributor di Malaysia. Ergo ada juga yang fake pada harga RM100-200 dan merbahaya untuk keselamatan anak anda.

IBW 2014 1

Untuk kawasan central, event diadakan di dua lokasi iaitu KL Sentral dan KLCC pada 11 October 2014. Alhamdulillah, saya sertai kedua-dua lokasi dan antara yang disarankan untuk menggunakan public transport ke lokasi berkenaan. Pertama kali naik komuter dari Sungai Buloh ke KL Sentral dengan Afiq. Yang seronok naik komuter sebab koc 3 & koc 4 disediakan untuk wanita sahaja. Rasa lebih selamat. Terima kasih kepada pihak penganjur yang merupakan para admin di group Facebook Malaysian Babywearers (MBW)

Selain ada babywearing walk di sekeliling KL Sentral dan KLCC, ada juga game The Amazing Race. Yang ni setiap daripada peserta diberikan token dengan 5 kad nama MBW dan bertanggungjawab menjadi duta kecil gendong MBW. Tugasan adalah untuk menyebarkan tentang seronoknya bila gendong anak dan kebaikan yang diperolehi. Saya memang malu sangat dan pegang kad tu sejak mula dapat sampai sejam terakhir tugasan baru mula. Itupun bila tengok kawan-kawan baru mula tegur orang ramai dan bercerita. Sampai ada juga yang lari sebab ingatkan kami nak jual barang. Hadiah sangat best tau untuk pemenang permainan, SSC tajaan penaja. Itu yang kuatkan semangat untuk tegur orang.

IBW 2014 3

Gathering di KL Sentral

 

IBW 2014 5

Gathering di KLCC

Oh, lupa nak beritahu yang saya jumpa dengan owner Yammie Babywearing Art. Siap dapat test drive sekali. Selama ini cuci mata di FB sahaja kan. Excited tapi bila nak order, next slot bulan 12. Kebanyakan local maker memang dah fully booked. Tangan dah gatal nak membeli new carrier untuk Afiq. Saya minat dengan Mei Tai atau Buckle Tai.

IBW 2014 6

Beraksi dengan Yammie SSC .. Best betul pakai ni

Akhir sekali, ukhwah yang terjalin dengan rakan-rakan baru. Kebetulan yang pelik dan menarik. Ketiga-tiga rakan baru saya mempunyai nama yang sama iaitu EMI.

IBW 2014 2

Dari kiri : Saya, Emy, Kak Shida, Emi, dan Emy

Rasa lepas ini mahu join lagi event babywearing. Seronok tengok colourful brand of carrier. Jumpa kawan baru. Belajar perkara baru. Sebelum terlupa, bukan kaum ibu sahaja yang gendong anak, para bapa pun gendong juga anak mereka. Nampak cool pakai wrap gendong anak.

19 thoughts on “Minggu Gendong Anak Antarabangsa 2014

    1. mychibibox Post author

      senang BW ni kan?? Stroller beli jadi perhiasan dalam store je..Jimat space bila pegi shopping juga bila BW

      Reply
  1. Farha

    wah..seronoknya…nasib baik jauh..kalau dekat pasti faha terselit dicelah2 baby yang ada itu..hehehe..

    Reply
  2. Nad Dhiya

    Seronoknya kak Tuty..boleh gathering mcm ni.dpt kwn baru dan dpt byk info. Nad x pernah try..In Syaa Allah ada baby nak try juga guna..

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge