Petua Hilangkan Demam Selsema Dengan Cepat

By | October 18, 2014

Petua Hilangkan Demam Selsema Dengan Cepat | Saya paling risau bila anak-anak demam selsema sebab mereka selalunya akan jadi cranky. Syukur sangat kerana amni dan afiq jarang demam. Macam amni, boleh dikira dengan sebelah tangan berapa kali pernah demam sepanjang menyusukan sehingga usia 2 tahun. Afiq pun baru baik demam sebab mahu tumbuh gigi, cuma selsema masih ada dengan batuk. Untuk ibu-ibu semua, boleh tiru cara saya hilangkan demam selsema dengan cepat.

Petua Hilangkan Demam Selesema anak dengan cepat

Petua Demam Cepat Kebah

#1. Air Asam Jawa

Petua Hilangkan Demam Selsema Dengan Cepat

Bancuh Air Asam Jawa. Sumber : Google

Bila padan panas, anak-anak jadi tidak selesa. Saya guna air asam jawa untuk lap badan mereka. Asam jawa bersifat sejuk dan membantu menyejukkan badan.

#2. Mandi Air Sejuk

Orang tua memang tidak bagi mandikan anak ketika demam. Sebenarnya terbalik. Bila mandi dengan air sejuk, haba dalam badan akan mengalir keluar. Jika tidak sampai hati nak mandikan, sentiasa lap badan anak. Saya tetap mandikan anak-anak 2 kali sehari ketika demam.

#3. Oren & Vitamin C

Petua Hilangkan Demam Selsema Dengan Cepat

Saya beri buah oren pada Amni & Afiq sedikit untuk tingkatkan antibodi badan. Bagusnya bila menyusukan anak ini, ibu boleh salurkan melalui susu badan. Jadi saya telan banyak-banyak Vitamin C untuk kebaikan anak-anak.

#4. Nutriferon

Petua Hilangkan demam Selsema Dengan Cepat

Nutriferon : Immune Booster

Bila saya lihat badan amni mula panas, saya akan cepat-cepat beri Amni nutriferon. Amni baru berusia 3 tahun dan saya cuma berikan dalam 1/3 sachet sahaja.

Setakat ini, ubat demam memang saya tidak berikan. Alhamdulillah dengan 4 cara di atas, demam kebah dalam masa sehari. Cuma tinggal selsema sahaja.

Petua Hilangkan Selsema / Batuk

#1. Kunyit Hidup

Hilangkan Demam Selsema Dengan Cepat

Sumber : Google

Saya selalu tenyeh hidung mereka dengan kunyit. Memang hidung jadi kuning tapi hingus cepat kering. Untuk bayi yang baru lahir pun boleh digunakan.

#2. Minyak Bawang Putih

Petua Hilangkan Demam Selsema Dengan Cepat

Minyak + Bawang Putih Bakar+ Lada Hitam

Ini petua orang lama. Urut tapak kaki dan seluruh badan dengan minyak yang dicampur dengan bawang putih bakar serta sedikit serbuk lada hitam. Buat berulang kali dalam sehari.

#3. OmegaGuard

Petua Hilangkan Demam Selsema Dengan Cepat

Amni Suka Makan OmegaGuard

Saya beri Amni OmegaGuard untuk cairkan kahak. Amni sudah boleh kunyah sendiri. Afiq pula, mama yang ambil dan susukan.

Sejak kenal Shaklee, saya amalkan Vitamin C, Garlic Complex & Nutriferon untuk diri sendiri bila demam selsema. Lepas telan, terus balut diri dalam selimut dan tidur dengan pakai stokin. In sha Allah, badan akan terasa segar selepas beberapa jam.

Petua Hilangkan Demam Selsema Dengan Cepat

Cara Hilangkan Demam Untuk Orang Dewasa

Jika mahu sentiasa sihat, amalkan Vitamin C setiap hari. Kalau ibu yang demam, kasihan pada anak-anak. Jom cuba tips di atas untuk hilangkan demam selsema dengan cepat.

Cabaran Blogging bersama GenkiMomma , CahayaVitamin , RahsiaVitamin & Keluarga Sihat Ceria.

Kami adalah pengedar sah shaklee di Puncak Alam, Saujana Utama, Sungai Buloh dan Alam Budiman. Hubungi saya melalui no 0127383040 untuk mendapatkan produk anda serta konsultasi dengan setiap pembelian produk.

33 thoughts on “Petua Hilangkan Demam Selsema Dengan Cepat

    1. mychibibox Post author

      Memang kuning hidung dibuatnya,,lagi2 bila dah pandai lap, baju pun kuning.. kena tunggu besar lepas 1 tahun baru boleh bagi shaklee uk adik ni

      Reply
      1. Nur Amirah

        Blh terangkn dgn jelas… Cmne nk tenyeh kat hidung ank? Ttik kunyit idup 2 dlu ke? Pastu tenyeh kat lubang idung @ atas idung?

        Reply
    1. mychibibox Post author

      oo..letak kat ubun-ubun tu first time tahu..masa anak saya dalam pantang, memang tenyeh dekat hidung..kuning je

      Reply
    1. mychibibox Post author

      tenyeh kunyit tu ok cuma nanti baju pun jadi kuning sebab derang suka gosok hidung..eh, dekat bebenar nama anak-anak kita..

      Reply
  1. Pingback: Hilangkan Demam dan Selsema TANPA Ubat |

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge