Vitamin Shaklee Kesukaan Saya

By | October 26, 2014

Vitamin Kesukaan Saya | Saya mula amalkan supplement sejak zaman sekolah lagi. Masa itu, abah belikan fish oil dengan klorofil. Memang nak pengsan menelan air klorofil tu sebab rasa payau dan macam makan rumput. Serius tau. Tengok warna pun dah macam lumut.

air klorofil

air klorofil . Sumber : Google

Sejak itu, agak fobia juga nak telan vitamin ini walaupun saya tahu abah bekalkan supaya saya focus belajar.

Apakah vitamin kesukaan saya?

Pilihan saya sejak dulu, kini dan selamanya adalah B-complex.  Mula berkenalan dengan B-complex masa tahun 2007. Tahun ke 2 buat Master di University Jepun memang menguji mental dan fizikal. Saya alami depression masa tu Pakej lengkap sakit otak sebab mengadap computer sepanjang masa serta fizikal. Memang tiada social life. Bila badan penat, minda memang tak boleh focus. Jadi saya buat keputusan untuk ambil vitamin. Saya mula amalkan Multivitamin dan B-complex. Brand tak ingat sebab beli dekat farmasi  Jepun.

1st impression masa nak telan B-complex tu, “mak ai bau kuatnya” . Tapi mengenangkan saya perlu tenaga untuk bekerja, telan jugalah. Rutin harian, ambil 2 vitamin itu setiap pagi lepas sarapan.

Kenapa saya suka sangat dengan B-complex ?

Perubahan paling ketara, Energetic seperti yang saya harapkan. Siap boleh pergi gym balik dari kampus sejam sehari.

Emosi lebih stabil. Bila kerja yang memerlukan kita beri output dalam masa tertentu, tahap stress tu memang tinggi sangat sampai rasa nak give up. Alhamdulillah, rasa diri lebih tenang sejak amalkan B-complex

Yang ini paling tidak sangka, member dekat setahun tidak berjumpa tegur kulit muka saya glowy. Memang lompat bintang sebab perasan sendiri makin cantik. Sebenarnya tak tahu pun apa penyumbang utama. Bila dah bertambah ilmu dengan Shaklee ini, baru tahu antara kesan menggunakan B-complex secara konsisten adalah tona kulit menjadi sekata dan berseri.

Balik ke Malaysia, saya dah tidak ambil vitamin tapi bila mula terasa stress kerja sebagai “minah kilang” yang tidak tentu masa dan kulit pun kusam, saya amalkan semula B-complex.  Lepas kejadian silica gel pecah dalam botol vitamin yang saya baru beli ( jenama dirahsiakan), saya berhenti ambil vitamin sehinggalah berjumpa dengan Shaklee.

Panjangkan sejarah saya dengan vitamin kesukaan saya walaupun celup-celup ambil? Ini adalah Shaklee B-complex yang saya amalkan sekarang.

Vitamin Shaklee Kesukaan Saya

B-complex : Inner Beauty.

Makin saya jatuh cinta dengan B-complex semasa ada masalah saraf sebab salah posisi menyusukan Amni. Pergi klinik kononnya nak minta injection sebab tangan rasa sakit dan lenguh. Sekali doktor bagi saya vitamin sahaja. Check kandungan vitamin adalah high-dose B-complex. Tepuk dahi dan terus setia dengan vitamin kesukaan saya ini.

Untuk anda yang ada masalah-masalah macam seperti di atas, cuba B-complex. Mesti puas hati. Kalau tak tahan bau, tutup je hidung dan telan. Yang penting, kita mahu result kan?

Cabaran Blogging bersama GenkiMomma, Kedai Nutrisi, Awesome Vitamins Ever & Aie Sarang

 

Kami adalah pengedar sah shaklee di Puncak Alam, Saujana Utama, Sungai Buloh  dan Alam Budiman. Hubungi saya melalui no 0127383040(Tuty) untuk mendapatkan produk anda serta konsultasi dengan setiap pembelian produk daripada mychibibox. Eksklusif untuk pelanggan mychibibox sahaja.

18 thoughts on “Vitamin Shaklee Kesukaan Saya

  1. nur razali

    nur pernah jgk rse lenguh2 tngn rupanya slh posisi masa bf kn darwisy..heee terus telan b complex & oste yg smstinya membantu sgt2

    Reply
    1. mychibibox Post author

      Sebab tu masa afiq ni siap up amik bcomp masa pantang..posisi menyusu pun betulkan..lebih banyak baring daripada memangku

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge