21 Hari Cabaran Eat Clean dengan Fatin Ayuni

By | February 11, 2016

21 Hari Cabaran Eat Clean dengan Fatin Ayuni – Dalam entry lepas saya ada cerita yang lepas sebulan ulang-ulang menj berpantang, tekak pun mula susah nak menelan. Kiranya dah masuk tahap bosan. Jadi perlukan sesuatu yang baru untuk meneruskan misi kurus kak cun ni. Terpengaruh dengan Kak Su di FB, kak cun pun terus daftar diri dengan Fatin Ayuni aka Yun untuk batch ke 8 program eat clean ni.

Siapa Fatin Ayuni ni?

Ni kak cun tepek gambar cikgu yun.

image

Transformasi bermula pada berat 120kg. Hebat tu dan yun masih dalam proses diet lagi. Boleh follow IG cikgu di @heyitsyunyun. Nanti yun akan iklan untuk setiap kali ada new intake.

Apa itu Eat Clean?

Sebenarnya terma ni semakin popular kebelakangan ni. Ala-ala macam penjenamaan semula Eat Healthily. Konsepnya adalah pemakanan seimbang daripada segi karbohidrat, protein, fiber dan nutrisi-nutrisi lain.

Dalam Eat Clean ni kita akan makan makanan yang fresh dan sihat. Tiada MAKANAN DIPROSES. Makanan pun dimasak secara KURANG GULA, KURANG MINYAK, KURANG GARAM.

Makan secara kerap dengan 3 makanan utama : sarapan, makan tengahari, makan malam dan 3 snack : Pagi, Petang, Supper. Makan kerap ni bukanlah maksudnya makan dengan kuantiti yang banyak untuk setiap hidangan. Snack tu makan ringan sahaja untuk bantu kita jinakkan saka makan. Selain itu, bila makan kerap ni bantu badan untuk tingkatkan metabolisma badan juga.

Ikutkan konsep asal EAT CLEAN ni lagi ketat cuma kita longgarkan sedikit supaya kurang tekanan jiwa dan raga.

Apa yang kak cun belajar dalam 21 hari?

Cikgu yun berikan menu dan juga resepi yang diperlukan. Minggu pertama tu banyak kepada proses belajar untuk kawal portion ( kuantiti) makanan yang kita makan.

image

Mungkin mula-mula tu rasa terseksa sebab selama ni makan nasi penuh sepinggan, sayur tu sekadar syarat je, lauk pun nak sama banyak dengan nasi dalam pinggan. Dalam eat clean, rupa pinggan korang macam gambar di atas. Kuantiti paling sedikit adalah karbohidrat, untuk rakyat malaysia ni nasi. Lebih kurang segenggam penumbuk masing-masing dalam 100gm. IBU MENYUSU ambil lebih nasi dalam 150-170gm. Nanti gigil susah pulak.

Bila dah biasa dengan protion eat clean ni, korang makan di luar pun tak jadi masalah. Kawal portion, secara automatik kalori pun akan terjaga.

Minggu kedua mulalah memasak diajar secara sihat. Kiranya menu yang common dimakan di Malaysia ni diubahsuai secara EAT CLEAN. Meriah dengan makanan tu. Makan NASI GORENG, KERABU, PIZZA, SMOOTHIE, SAMBAL BERLADA, NASI AYAM, SUP. Senang cakap kerja korang adalah makan je sepanjang cabaran ni.

Minggu ketiga, sambung dengan minggu kedua ditambah dengan beberapa slot yang peserta perlu pilih makanan sendiri dan cikgu yun akan periksa samada ok atau tidak. Kiranya korang akan belajar untuk RANCANG MENU EAT CLEAN sendiri.

Selain tu, kak cun belajar untuk gunakan perisa lain selain garam dan gula. Tumis sayur tu guna 1 sudu besar pun dah memadai sangat.

Apa komitmen sepanjang cabaran?

Kelas dibuat secara online melalui whatsApp. Setiap kali makan, wajib ambil gambar dan upload di group. Jadi secara tidak langsung, kita akan jadi excited dan disiplin. Seronok tengok gambar rakan-rakan yang lain dan berikan kita idea juga.

SENAMAN KARDIO pun adalah tugasan yang diberikan. Bila dah jaga pemakanan, senaman akan jadi booster untuk badan lebih fit dan lebih mudah turun berat badan.

Ada yuran penyertaan ke?

Mestilah ada yuran. Yang kak cun join ni, untuk newbie RM150 dan return participant RM120. Ada yang join hampir semua batch tau. Kak cun sendiri sertai batch 8 & 9.

Berhasil ke Eat Clean untuk diet ni?

Wajiblah berhasil sebab 70% daripada pemakanan sihat kan? Kak cun bermula pada 78kg untuk batch 8 (bulan Disember) dan berakhir pada 73kg ( Januari) untuk batch 9. Puas hati dengan progress sendiri sebab dapat rasakan baju longgar sana sini. Badan pun lebih FIT. Ada peserta yang turun 6kg dalam 21 hari.

Nasihat kak cun sepanjang cabaran

Untuk yang berminat, memang disarankan sangat untuk sertai program ni. Ala-ala kitchen makeover untuk korang juga. Kalau dah join, sila berikan 100% anda sebab anda dah bayar. Sanggup bayar yuran tu pundah dikira komitmen pertama. Bila ada mentor, kita akan lebih bersemangat. JANGAN JADI SILENT READER je. Be active. Tanya apa yang korang nak tahu walaupun orang lain senyap je. Korek dan gali ilmu daripada cikgu yun ✌✌✌

4 thoughts on “21 Hari Cabaran Eat Clean dengan Fatin Ayuni

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge