5 Persediaan sebelum mula misi kurus

By | February 3, 2016

Entry kali ni saya nak cerita sedikit persediaan yang perlu dilakukan sebelum nak mula misi kurus anda. Nak mula berjuang mestilah kena ada persediaan kan? Kalau main redah je, hasilnya pun jadi asal boleh je.

1. Beli Penimbang Digital

Mula-mula mestilah nak kena timbang berat badan terkini dan saya sarankan guna penimbang digital. Yang biasa pun boleh. Tak semestinya kena ada bacaan body fat percentage. Penimbang yang sama ni korang akan guna sampai capai target. Jadi carilah yang berkualiti. Sekarang banyak tempat ada jual. Di Guardian, Tesco, Giant, Cosway pun ada. Harga paling murah dalam RM50 dan ke atas.

Tindakan :
Sila rekod bacaan berat terkini. Masa terbaik untuk ambil berat badan adalah setelah bangun tidur waktu pagi dan selepas anda “membuang”. Supaya tak lupa, boleh ambil gambar berat di penimbang anda.

2. Beli TALI PENGUKUR

Tali pengukur ni penting untuk ukur saiz badan korang. Jangan bergantung pada angka pada penimbang berat sahaja bila anda dalam misi kurus sebab mungkin anda akan baling dan hentak kepala di dinding bila angka tu sama je. Akibatnya, misi kurus korang pun jadi hangat-hangat tahi ayam.

image

Saya beli di kedai runcit di taman perumahan ni sahaja. Harga dalam RM2.

Tindakan :
Ambil ukuran badan anda di bahagian lengan, pinggang, bawah pinggang, punggung. Boleh rekod menggunakan apps note dalam smartphone anda.

3. Cari baju lama dalam almari

Sekarang korang pergi masuk bilik pastu keluarkan baju atau seluar yang dah lama peram dalam almari tu sebab badan dah tak boleh pakai.

Kalau nak beli baju baru pun boleh sahaja TAPI sila beli baju yang saiz lebih kecil daripada sekarang. Jika anda pakai saiz XL, belilah saiz L atau M.

Tindakan :
Pakai baju dan ambil gambar seluruh badan dengan baju tersebut. Gantung baju itu di tempat yang anda sering lalu. Jika anda lihat angka di penimbang tidak berubah selepas sebulan misi kurus, cuba sarung baju untuk lihat perubahan pada bentuk badan. Mungkin korang akan senyum lebar.

4. Vision Board untuk berat idaman

Nak capai berat idaman pun salah satu target kan? Jadi sediakan vision board anda. Boleh letak jangka masa setelah sekian-sekian, berapa berat yang anda mahukan. Pastu kenakan denda jika anda tak berjaya capai target tersebut. Kalau tak capai, sila jujur lakukan denda tu yea. Jangan mengelat pulak.

image

Tindakan :
Tulis besar-besar dan tampal di laluan anda. Macam saya, saya letak di pintu peti sejuk.

5. Mental yang kuat

Yang ni paling mencabar sebab bila mental korang lemah, hati pun lemah lepas tu misi kurus pun terkubur. Bila nak mula ni, selalunya banyaklah suara-suara sumbang atau negatif yang perkecilkan misi kurus ni. Jadi kena kuat untuk menangkis atas bawah kiri kanan depan belakang.

Tindakan :
Sentiasa pyscho diri sendiri dan buat sediakan self reward bila anda dah capai target tertentu dalam perjalanan anda.

Jadi saya dah kongsikan 5 persediaan sebelum mulakan misi kurus anda. Dah sedia untuk cerita apa yang saya lakukan peringkat permulaan? Next entry pula yea.

2 thoughts on “5 Persediaan sebelum mula misi kurus

  1. arnie

    Tuty gigih sangattt! Omedetou! Terus insaf ai sekarang kurangkan minum teh tarik dah lepas follow diary Clean Eating kak cun nie… bravo! 😉

    Reply
    1. mychibibox Post author

      Orang payah turun memang kena gigih. ??? Boleh je minum teh tarik tapi bukan hari-hari..Portion pun setengah gelas je..

      Reply

Leave a Reply to arnie Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge