Diari Kurus & Sihat Kak Cun Tuty

By | February 2, 2016

Ikutkan dah beberapa tahun dengan misi kurus tapi tak berjaya sebab mengandung dan bersalin dengan jarak yang rapat antara anak kedua, Afiq dan anak ketiga, Azfar. Masa saya tengah giat berusaha turunkan berat badan selepas melahirkan Afiq, rupa-rupanya Azfar dah berada di dalam rahim tanpa saya sedari sehingga kandungan berusia 4 bulan. Patutlah pelik sebab perut makin buncit, kemudian berat makin bertambah, sedangkan masa tu saya jaga makan dan kerap bersenam.

Bila dah tahu mengandung, ops kurus tertangguh sehinggalah Azfar lahir. Alhamdulillah, berat tak naik mencanak-canak masa mengandungkan azfar. Mujur ada Shaklee ?

Kenapa beriya sangat nak kurus ni?

Cuba korang tengok catatan dalam buku merah ni.
image

Perubahan berat lepas bersalin dan berpantang selama sebulan, lebih kurang macam berat masa mengandung Azfar 4 bulan. Padahal pantang kali ni memang sangat menjaga makan, nasi tak bertambah tau sebab selalu masa pantang pun saya makan bertambah-tambah. Sayur banyak ambil. Bila pergi klinik tu dengan harapan paling kurang berat tu dah berada di angka 7 dan paling saya bangga, saya bengkung perut setiap hari termasuk sebelum tidur. Sekali keputusannya, angka 8 juga. Ini pun menyebabkan terus rasa down dan tak semangat nak habiskan tempoh 2 minggu berpantang lagi tu.

Habis tempoh berpantang, baju pun ada yang masih ketat, perut masih buncit sampai amni ( anak sulung) bertanya samada baby masih ada dalam perut atau tidak. Malu betul rasa. Sampai azfar usia 3 bulan pun, berat statik di sekitar 81-82kg. Jadi saya ambil keputusan untuk mula sungguh-sungguh berdiet selepas kembali ke rumah di puncak alam. Oh, saya berpantang sepenuhnya di rumah mertua di Rantau Panjang, Kelantan.

Bagaimana perkembangan diet kak cun?

Saya kick off pada 1 November 2015 dengan berat 82kg. Sekarang dah hampir 3 bulan, alhamdulillah berada di landasan yang betul dan akan terus berusaha sehingga mencapai target untuk menggapai angka 60kg.

Saya memang nekad sangat-sangat dan seumur hidup, ni kali kedua saya bersungguh-sungguh diet cuma kali ni saya memilih untuk diet secara sihat sebab objektif saya untuk kekal kurus dan sihat dalam jangka masa panjang.

image

Ini gambar terkini dan saya masih menyusukan azfar sepenuhnya. Macamana saya jaga pemakanan dan kekalkan produksi susu badan tu, kita cerita di episod lain yea. Bukan satu perkara yang mudah kerana hakikatnya ibu menyusu ni memang selera makan besar dan sentiasa kelaparan tapi saya berjaya lakukannya. Tambahan pula saya memang kategori mokmok sejak zaman sekolah rendah.

Baju biru tu pun masa saya beli dulu lepas bersalinkan afiq, bahagian lengan dan dada agak sendat serta tersangkut sedikit di bahagian perut. Kali ni pakai, longgar sana sini.

Rasanya cukuplah mukadimah untuk entry pertama Diari Kurus & Sihat Kak Cun Shaklee yea. Stay tune ?

10 thoughts on “Diari Kurus & Sihat Kak Cun Tuty

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge