Resepi Ayam Masak Merah Eat Clean

By | February 18, 2016

Resepi Ayam Masak Merah Eat Clean | Hari ni kak cun nak kongsi resepi ayam masak merah atau sambal secara eat clean. Masa kak cun awal-awal kongsi yang kak cun buat diet eat clean, ramai juga yang cakap susah hati sebab nanti tak dapat nak makan sambal. Kalau dah tekak melayu tu, mesti nak makan pedas-pedas kan.

Mujur ada cikgu yun. Dapatlah kak cun belajar resepi sambal ni. Resepi kali ni kakcun olah daripada kombinasi @meameao dan cikgu @heyitsyunyun

Resepi Ayam Masak Merah Eat Clean

 

image

Bahan-bahan :

200-300g Ayam ( Disarankan dada)
1 biji bawang merah saiz sederhana*
1 biji tomato*
2-3 sudu besar cili boh buat sendiri*
1 batang serai*
1 sudu besar olive oil
1/2 biji bawang besar holland
1-2 helai daun limau purut
1 keping asam keping
Gula merah
Garam

Cara-cara

1.  Kisar halus bahan bertanda * tanpa air kerana tomato sudah ada air. Kalau nak lebih pes, tambah tomato. Kalau nak lebih pedas, tambah cili kisar. Ingat, cili kisar tu buat sendiri. Mudah sahaja. Kisar cili kering dan air sahaja.

2. Tumis bahan kisar dengan 1 sudu besar olive oil. Sila guna non stick pan yea. Masak sampai garing dan pekat.

3. Ayam potong kecil. Kalau rajin nak grill dulu boleh perap dengan kunyit. Kak cun kurang rajin, jadi perap dengan kunyit je tanpa grill. Kalau grill, rasa akan lebih sedap.

4. Masukkan ayam dalam bahan tumis yang dah garing dan tambah air sedikit. Masukkan asam keping jika mahu rasa masam.

5. Boleh perasakan dengan gula sedikit ( kakcun guna nissei – gula merah kelate tu) dengan secubit garam je. Jangan macam lori tumpah garam dan gula pula. Kena minimakan penggunaan garam dan gula yea. Ajinomoto tu BIG NO NO NO.

6. Masukkan daun limau purut yang diracik kasar. Tak nak pun boleh.

7. Masukkan bawang holand yang dihiris. Tunggu masak dan tutup api.

Tips tambahan
1.Untuk jadikan resepi di atas sebagai sambal, tak perlu letak serai.
2. Jika malas nak buat cili kisar, boleh guna lada merah dalam 2-3biji.

Lepas ni boleh masak dah yea sambal eat clean. Kalau x jumpa, cari je hashtag #Kakcunmakan di facebook dan juga IG. Yang belum follow, boleh follow IG @tuty_mychibibox

Selamat mencuba Resepi Ayam Masak Merah Eat Clean cara kak cun ???

#Resepieatcleankakcun #Diarisihatkakcun #Kakcunmakan #Shakleepuncakalam #Pengedarshakleepuncakalam #Mychibibox #Misikurus2016

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge