Resepi Ma Po To Fu Sedap dan Sihat

By | February 23, 2016

Resepi Ma Po To Fu Sedap dan Sihat | Kak cun paling suka tengok rancangan memasak di televisyen dan semasa di Jepun, antara masakan yang popular adalah Ma Po To Fu. Yang ni sebenarnya masakan cina dan kak cun pun tak pernah rasa yang original sebabnya masakan tu menggunakan pork.

Jadinya kak cun cipta resepi sendiri berdasarkan resepi di internet. Kali ni diubahsuai untuk sesuai dengan diet sihat kak cun secara eat clean. Resepi asal sebenarnya menggunakan minyak yang banyak dan boleh dikatakan bergenang.

Untuk yang tiada idea apa itu Ma Po To Fu, masakan ini adalah gabungan tauhu lembut dan daging hancur serta mempunyai rasa pedas.

Resepi Ma Po To Fu Sedap dan Sihat

image

Bahan-bahan :

200-300g Daging Lembu kisar
Tauhu Lembut atau tau fu fa tanpa gula
*4-5 Ulas Bawang Putih
*1-2 biji tomato
*2-3 sudu besar cili kisar /
atau Gochujan ( Korea Chilli Pes)
Chilli Flakes atau Kochukaru
1-2 sudu besar olive oil
1/2 sudu teh minyak bijan
1 sudu besar kicap cair / liquid amino
Daun bawang secukupnya

Cara-caranya :

1. Kisar bahan yang bertanda * tanpa perlu tambah air.
2. Masukkan minyak zaitun ke dalam non stick pan dan tumis bahan kisar sehingga garing. Boleh tambah air untuk tambah kuantiti pes.
3. Masukkan daging kisar dan sentiasa kacau sehingga daging masak. Selalunya air daging akan keluar dan memberikan rasa manis.
4. Masukkan minyak bijan,kicap cair dan chilli flakes. Kalau nak lebih pedas, letak lagi banyak chilli flakes.
5. Potong tauhu lembut dalam bentuk kiub atau Tau Fu Fa dan masukkan ke dalam periuk. Renih sehingga masak.
6. Potong daun bawang dan tabur ke dalam masakan. Lebih banyak daun bawang lebih sedap.

Mudah sahaja kan resepi Ma Po To Fu Sedap dan Sihat ni?? Ikutkan kak cun memang boleh ratah macam tu sahaja masakan ni.

Tips untuk resepi eat clean
1. Korang perlu buat sendiri daging kisar. Kali ni kak cun guna daging pejal, potong halus dan kisar dengan blender untuk jadikan daging kisar. Kalau ada food processor lagi mudah kerja. Untuk yang malas tu, boleh beli fresh minced meat seperti aussie beef.  Ada dijual di supermarket seperti giant, tesco, jaya grocery. Mahal sedikit tapi korang akan dapat daging yang banyak berbanding beli yang jenis beku. Jika perasan, yang beku ni lebih banyak lemak berbanding isi daging.

2. Guna non stick pan untuk minimakan penggunaan minyak.

3. Boleh guna tau fu fa yang dibeli di pasar malam. Minta dengan penjual untuk tidak letak gula. Tau fu yang ni lebih berlemak rasanya.

4. Kak cun tidak letakkan garam kerana rasa manis daging, daun bawang dan tauhu itu sendiri sudah memadai. Jika mahu juga, boleh guna garam himalayan.

Jumpa lagi di entry akan datang. Untuk yang dah cuba resepi ni, boleh bagitau feedback di komen ye :):):)

3 thoughts on “Resepi Ma Po To Fu Sedap dan Sihat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge