Turun 4kg dengan Formula Diet Kak Cun

By | February 4, 2016

Saya mula misi kurus ni pada 1 Nov 2015. Masa tu azfar usia 3 bulan dan memang fully breastfeeding. Untuk ibu menyusu ni tak bolehlah nak diet secara rendah kalori atau crash diet. Nanti hilang nutrisi untuk anak.

Meh saya kongsikan apa formula diet sihat kak cun. Bila dah tahu formula, mudah sikit perancangan tu.image

Formula 1 : 70% Pemakanan

Perkara pertama yang korang kena betulkan adalah corak pemakanan. Maksudnya, bukan tak makan nasi langsung atau tak ambil karbo atau asyik telan protein je. Yang kita nak adalah nutrisi yang seimbang antara karbo + protein + fiber. Gigil badan kalau kak cun tak ambil karbo bila menyusukan anak.

Masa bulan pertama ni, kak cun banyak recycle menu masa berpantang. Sayur ulam-ulaman atau rebus. Ikan pun masak bakar atau rebus. Kari kalau nak makan pun, buat style kari india tanpa santan. Nasi? Hari-hari ambil untuk tengahari. Segenggam nasi je lebih kurang 1/2cup atau 100gm kalau nak timbang.

Beras yang kak cun guna adalah beras perang, beras basmathi dan beras merah. Beras ni beli yang saiz pek 1kg dan ada jual di rak berdekatan tempat jual beras. Arahan masakan tu boleh tengok di belakang plastik pek sebab setiap jenama ni, keperluan air berbeza. In sha Allah, nanti kita cerita panjang lebar tentang beras-beras ni yea. Yang bezakan beras ni dengan beras putih adalah nilai GI ( Glycimex Index) yang lebih rendah dan membantu kita berasa kenyang lebih lama.

image

Yang penting sekali, jaga portion makanan yang korang makan tu. 1/4 karbo + 1/4 protein + 1/2 fiber. Percayalah, korang akan rasa kenyang dengan nasi segenggam tu.

Formula 2 : 20% senaman

Azfar baru usia 3 bulan, maknanya saya pun baru 3 bulan bersalin. Jenis senaman pun kena pilih tau. Jangan main redah je. Sedar diri sikit baru bersalin. Jadi, saya pilih senaman yang paling mudah iaitu berjalan / briskwalk. Bukan jalan lenggang kangkung ye. Postur badan semasa buat briskwalk pun penting supaya seluruh badan kita digunakan dan bakar lebih kalori.

image

Macam saya, saya gendong Azfar lebih kurang 6kg masa tu sambil briskwalk. Bila kita tambah beban, senaman jalan kaki tu akan meningkat ke level lebih tinggi. Orang putih cakap intense. Kalau tak pasti postur briskwalk yang betul, korang tengok youtube. Kak cun pun refer situ juga dulu. Kalau korang tiada baby, boleh gendong beg galas dan masukkan air mineral dalam 1-2liter sebagai bebanan.

Senaman kedua pula buat di rumah sahaja. Kak cun ikut video WALK AT HOME BY LESLIE SANSONE. Dia ni memang famous di USA. Jangan bagi alasan malas yea sebab senaman dia sangat mudah. Ikut je step dalam video di youtube tu, mesti berpeluh-peluh. Kak cun baca review daripada USA, mereka yang ada masalah lutut pun boleh buat senaman walk at home ni. Jadi, siapa nak cun macam kak cun, sila mulakan bersenam juga.

10% Pengambilan Supplement

Kak cun ni pengguna tegar produk shaklee. Haruslah guna produk tambahan menyusukan anak ni. Antara vitamin yang diambil adalah Vitalea (Multivitamin), ESP & Cinch Shake ( Protein Powder), Omegaguard & Lecithin serta Herblax. Bab ni kita cerita kemudianlah.

Hasil selepas sebulan

Jeng..jeng..jeng.. Kak cun berjaya turunkan 4kg. Mesti ada yang cakap, sebulan 4kg je. Hello, banyaklah tu sebab kak cun jenis payah juga nak turun berat badan tau. Cuma lepas sebulan, dah mula bosan nak makan lauk cam pantang tu. Jadi kak cun dok usha sorang kawan ni, Kak Su yang ikut program Clean Eating bawah Yun.

Bulan kedua, sign up dengan yun..Bermulalah episod belajar cara makan clean eating yang sebenar. Yang ni kita cerita entry lain pula yea. Stay tune ???

6 thoughts on “Turun 4kg dengan Formula Diet Kak Cun

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge