Cari Tiket Kapal Terbang Murah dengan Aplikasi Traveloka

By | November 30, 2016

Baru-baru ini saya diperkenalkan oleh rakan dengan aplikasi TRAVELOKA yang memudahkan pencarian tiket kapal terbang. Dengan aplikasi ini, kita akan dapat mencari tiket kapal terbang paling murah untuk destinasi pilihan. Tidak perlu lagi untuk membuka kesemua website syarikat penerbangan kerana dengan TRAVELOKA, anda akan diberi semua pilihan masa, harga tiket dan syarikat mana yang ditawarkan.

Saya juga sudah menempah 2 tiket penerbangan pergi dan balik untuk destinasi Kota Bharu, Kelantan menggunakan aplikasi TRAVELOKA. Sangat memudahkan sebab carian yang diberikan sangat cepat dan anda boleh melakukan pembayaran terus daripada aplikasi.

Muat turun aplikasi TRAVELOKA di telefon pintar

Muat turun aplikasi TRAVELOKA di telefon pintar

Apa yang lebih menarik dengan TRAVELOKA, anda boleh dapatkan diskaun tambahan daripada harga yang telah dipaparkan, Pastikan anda klik pada SEE ALL PROMO dan dapatkan KOD PROMO anda. Masukkan KOD PROMO ini ke bahagian USED COUPON semasa anda ingin membuat pembayaran,

Kod Promo untuk diskaun TRAVELOKA

Diskaun bergantung pada promosi pada sesuatu masa. Macam tiket yang saya beli untuk perjalanan daripada Kota Bharu ke Subang Airport pada 15 Disember 2016 ini, harga asal adalah RM134 dan dengan kod promo, saya hanya perlu membayar RM107.Jimat hampir RM27.

Pembayaran boleh dilakukan menggunakan kad kredit atau online banking. Setelah bayaran selesai, anda akan terima SMS dan Email berkenaan E-ticket anda.

Lepas ni sudah tidak perlu pening lagi untuk mencari tiket kapal terbang murah. Muat turun aplikasi TRAVELOKA dengan telefon pintar anda sekarang.

3 thoughts on “Cari Tiket Kapal Terbang Murah dengan Aplikasi Traveloka

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge